Ramadhan 13

 

 

Hari ini hari ke 13 Ramadhan umat Islam me unaikan ibadah puasa. Sedar -sedar dah masuk hampir separuh kita umat Idlam berpuasa.

Hari 14 Ramadhan amat mencabar bagi aku. Serangan gout telah menyebabkab pergerakan aku terhad. Aku tak dpt gi.ke kebun. Punyale sakit yg teramat sangat. Tak boleh.nak bergerak bebas. Terpaksa gunakan tongkat utk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Punya le sakit yg teramat sangat.

Petang ni menahan sakit. Tengok le mlm ni kalau tak berkurangan. Kena gi klinik lah.Klinik 24 jam ada di Bukit Katil. Harap-harap mlm ni doktor adalah.Jadi petang ni tak dptlah gi Bazar Ramadhan.Bazar Ramadhan kat sini ada kat Ayer Molek, Bazar Ramadhan Duyung dan juga Bazar Ramadhan Tambak Paya.Yang paling besar ialah Bazar Ramadhan Duyung.Kat sini sesak da  kena patuh SOP. Jadi kena berbaris panjanglah.

Bazar Ramadan Tambak.Paya pula terletak kira-kira 7 km dari Ayer Molek.Bazar bersaiz kecil. Kalau tak nak sesak, bolehlah gi di bazar ini. Terkenal dgn menu nasi ambe g. Harga RM10.00 sebungkus.Ada mee, ikan kering, sambal goreng dan berlaukan ayam. Ayam kicap: ayam kari, ayam ungkep dan ayam masak merah. Itulah pilihan yg ditawarka di gerai nasi ambeng ini.

Satu lagi gerai ialah nasi ambeng meletop. Harga cuma RM7.00 sebungkus.Jadi adale pilihan. Nak yg murah RM7.00. Yang mahal RM10.00. Persekitaran di sini adalah org Jawa.Sbb itulah terkenal dgn nasi ambeng.

 

Sebelah malam selepas berbuka puasa aku bergegas ke Klinik 24 jam Bukit Katil Melaka. Pada malam ni ramai pula pelanggan datang ke Klinik ini. Aku datang untuk mendapat rawatan penyakit gout. Alhamdulilah selepas mendapat rawatan di klinik ini, rasa sakit aku beransur pulih. Balik sampai di rumah pukul 10.00 malam.

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *