Ramadhan 3

15/04/2021-Khamis-Hari ini adalah hari ke3 umat Islam berpuasa. Hari ini aku berada di TCP Batu Pahat.Pagi ini aku akan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat. Temujanji di Klinik Pakar 2 pukul 9.00 pagi.Ini adalah rawatan berkala yang setiap 3 atau 4 bulan aku kena berjumpa dgn doktor untuk memastikan kesihatan berada dlm keadaan baik.

Sebelum itu aku singgah dulu kat Muat Naik Maju Jalan Lo Piak Batu Pahat. Hantar kereta di Produa untuk diservice. Maklumlah dah 6 bulan belum diservice. Aku tinggalkan kereta MyVi di sini sementara aku ke hospital untuk temujanji yang dah diaturkan.

 

Kereta telah pun ditinggalkan kat Muat Naik Maju Produa. Chris Tiew Service Advicer kali ini memberitahu kos service RM263.50. Ini adalah kiraan  basic service yang dibuat dari masa ke semasa. Setakat ini service di pusat service ini adalah berpatutan. Ada perkhidmatan menghantar pulang ke rumah. Jadi lebih kurang pukul 8.30 pagi aku dah dihantar pulang ke rumah di TCP

Situasi Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat

Pukul 9.00 pagi aku ada temujanji di Klinik Pakar 2. Jadi dengan menaiki JUA8698 aku terus bergegas ke Klinik Pakar 2. Aku dapati telah ramai pesakit luar menunggu giliran untuk menerima rawatan. Saringan Covid 19 perlu dibiat dengan mengimbas MySejahtera di pintu hadapan Hospital BP. Suhu diambil bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan suhu normal. Alhamdulilah aku telah melepasi saringan yang dilakukan ini

Aku telah masukkan kad dlm tempat yang disediakan. Sejak pukul 9.00 pagi aku dah berada di kaunter klinik pakar 2. Sehingga pukul 12.00 tgh no giliran aku masoh belum diperolehi. Kena le sabar menunggu. Kebetulan hari ni ramai pulak orang yang datang. Di sini lah kesabaran  diperlukan. Kena le bersyukur kerana masih boleh datang untuk mendapat rawatan.

Duodart 0.5mg/0.4 mg dgn harga RM220.00

Aku mendapat no giliran 56. Ini kerana dokumen yg diperlukan kena rujuk kepada  unit rekod. Bila aku masuk tempat menunggu rupa-rupanya no giliran semasa dah masuk ke no giliran yg ke-80.Apa nak buat.Terpaksalah terima seadanya. Akhirnya berjaya juga dpt berjumpa doktor pakar.Setelah berbincang dgn doktor bertugas, ubat yg biasa aku mkn telah ditukar kpd  ubat DUODART 0.5 mg dutasteride da 0.4 mg tamsulosin

Avodart 0.5 mg dgn harga RM195.00

Jadi mkn sebiji tapi mengandungi 2 item 0.5 mg dutateride dan 0.4 mg tamsulosin. Ini betbandong kena mk  2 biji iaitu Avodart 0.5 mg da sebiji lagi 0.4 mh Kamiren XL.Tapi  ubat ni kena beli sendiri di farmasi utk DUODART dgn harga RM220.00 utk 30 kapsul. Terpaksalah beli utk sementara waktu ini di farmasi swasta. Harap-harap ubat ini dpt menunjukkan kesan yg diharapkan.

Kamiren XK 4mg

 

Tepat pukul 2.00 ptg aku bertolak dari Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat ke rumah di TCP. Selepas semua kerja selesai, aku ambil kereta yg telah siap di Muat Naik Maju Produa.

 

 

 

 

 

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *